Literasi maklumat ialah memahami sesuatu maklumat itu dari segi pembacaan,penilaian serta penulisan..
Di sini saya ingin menegaskan literasi maklumat dalam kemahiran berfikir aras tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT.
Ya,tidak asing lagi perkataan KBAT.Ia kini menjadi perbualan ramai pada masa kini.
Ada yang menyatakan bahawanya KBAT ini sangat membebankan mereka,tapi itu hanyalah pandangan dari segi negatif sahaja.
Tidakkah kita fikir KBAT ada salah satu cara untuk kita menguji minda kita.
Sampai manakah tahap pemikiran kita.Hanya orang yang berpandangan jauh sahaja yang mampu mentaksir bahawa KBAT ada sesuatu perkara yang membawa kepada kebaikan dan lebih melahirkan modal insan yang berjaya untuk dunia yang kian maju ini.
Tidaklah datangnya sistem KBAT ini tanpa sebab.Kita sebagai generasi pemangkin negara mestilah mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.KBAT juga mampu menjana pemikiran aras tinggi untuk membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ayuhlah anak muda,jangan pernah memandang sistem KBAT ini sebagai sistem yang membebankan.
Pada dewasa ini , mungkin ramai yang tidak mengetahui tatacara penggunaan untuk melukis sesuatu grafik menggunakan perisian komputer. Kemahiran berfikir aras tinggi yang juga dikenali sebagai (KBAT) boleh dikaitkan dengan penggunaan ICT dalam kaedah penggunaan grafik. Kebanyakan mereka menggunakan peralatan komputer untuk melayari media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya tanpa mengetahui untuk menggunakan perisian komputer untuk melukis grafik seperti Excel, Microsoft word dan Power Point. Pelajar-pelajar boleh mempelajari menggunakan perisian ini untuk mengasah bakat dan juga kemahiran untuk melukis grafik. Hal ini demikian kerana , perisian ini lebih asas berbanding perisian grafik yang mungkin sukar digunakan oleh pelajar lain. Sebagai contoh , pelajar melukis objek menggunakan unsur alam seperti ikan yang terdapat di dalam air untuk dilukis sebagai kartun yang beranimasi menggunakan microsoft word.
Dengan daya imaginasi yang tinggi ini ,kita dapat melatih seseorang untuk menjana kecekapan minda untuk menghasilkan sesuatu idea yang baharu asli, luar biasa dan bernilai. dengan idea ini .
2. Apakah itu KBAT ?
2. Apakah itu KBAT ?
1.0 PENDAHULUAN
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.
2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
3. ELEMEN PENTING:
3. ELEMEN PENTING:
Elemen- elemen kemahiran secara kritis adalah :
1. membanding dan membeza,
2. membuat kategori,
3. meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
4. menerangkan sebab,
5. membuat sekuen / urutan,
6. menentukan sumber yang dipercayai,
7. membuat ramalan,
8. mengusul periksa andaian,
9. Membuat’inferens.
4. Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis:
· Mewujudkan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda.
· Untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea.
· Untuk meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah.
· Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
· Kemahiran ini juga penting untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada dan
· menilai idea – idea baru itu dalam konteks paradigm lama.
Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan. Jikalau seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan munasabah, barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk mencari kelemahan – kelemahan dan kesilapan – kesilapan yang ada pada idea supaya dapat diperbaiki.
5. Proses Kemahiran Berfikir Secara Kritis:
1) Membanding dan membeza
Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan seseorang individu meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah:
· antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman
· antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani
· antara dua bentuk seperti segi tiga dan pyramid
· Antara dua peristiwa dan sebagainya.
Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik membanding dan membeza.
2) Mengklasifikasi
Mengklasifikasi merupakan kemahiran mengelompakkan sebilangan perkara dalam kategori tertentu mengikut ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan seperti jenis sayur-sayuran, makanan, aktiviti senaman dan sebagainya. Pelajar dapat mengumpul, menyusun dan mengatur maklumat dengan lebih sistematik dan teratur.
3) Menerangkan sebab
Menerangkan sebab ialah keupayaan untuk mengkaji dan menjelaskan sebab berlakunya sesuatu kejadian berdasarkan alasan –alasan dan bukti yang munasabah. Membantu individu mencari pelbagai sebab sesuatu perkara berlaku, mengapa berlaku dan mencari bukti sebenar dalam membuat kkesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untukmenjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.
Fungsi : memperluas dan memperkembang daya imaginasi, inovasi dan kreativiti untuk mendapat idea yang banyak, pelbagai dan baru.
Contoh-contoh Berfikir Secara Kreatif :
1) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai Ibaru, asli, luar biasa, provokatif, dan mencabar
2) mencipta analogi
3) mencipta metafora
4) membuat definasi
5) membuat hipotesis
6) membuat peta konsep

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
hey hey jom tinggalkan pesanan anda..syukran awaa..